Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Sekolah Model Khas





Sekolah Model Khas ialah sekolah yang menggabungkan pelajar menengah dan pelajar rendah di dalam sebuah sekolah. Pelajar rendah yang terlibat adalah pelajar darjah 4, 5 dan 6 yang dipilih khas untuk memasuki sekolah tersebut. Sekolah yang terlibat adalah SMK Clifford, SMK Seri Bentong, SMK Seri Pekan dan SMK Seri Tualang.

Projek yang juga dikenali sebagai Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) ini membabitkan aktiviti menempatkan pelajar terpilih sekolah rendah luar bandar di Sekolah Menengah Berasrama dan menerima status kedudukan sebagaimana pelajar sekolah berasrama penuh dengan pelbagai kemudahan lain bagi memperkembangkan sahsiah dan intelek mereka. Komitmen YP dalam projek ini adalah dalam bentuk bantuan yuran asrama serta bengkel jejak gemilang dan didedahkan dengan teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan berkenaan topik yang kritikal dan polular untuk pelajar UPSR. 

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com