Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Sekolah Kluster Kecemerlangan

Sekolah Kluster Kecemerlangan turut dikenali dengan nama Sekolah Kluster dan Cluster School of Excellence merupakan sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang berada di luar kluster kecemerlangan.
Idea penganugerahan status Sekolah Kluster Kecemerlangan terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Sorotan kajian menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk tujuan peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.
Sehingga Julai 2014, sebanyak 291 buah sekolah telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan sejak 30 Mac 2007. SMK Seri Tualang telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com