Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Middle Years Programme International Baccalaureate





Apa itu MYP IB ?

Middle Years Programme International Baccalaureate (MYP IB) ialah sebuah program pembelajaran untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dengan usaha sama Agensi Inovasi Malaysia, 10 buah sekolah menengah sekolah di seluruh Malaysia telah dipilih khas bagi menjadi perintis dalam menjayakan MYP IP di Malaysia.

Untuk permulaan program ini, ianya dijalankan dengan pemantauan selama 3 tahun oleh pihak IB. Guru-guru sekolah ini akan diberi sokongan dan konsultasi berterusan oleh jurulatih antarabangsa dari International Baccalaureate (IB). Oleh yang demikian, pihak IB dan sekolah meletakkan tahun 2016 sebagai sasaran pengiktirafan untuk IB World School.


10 Sekolah Perintis MYP IB

Selain SMK Seri Tualang (Pahang), antara 9 lagi sekolah lain di Malaysia yang terpilih untuk menjalani program ini ialah Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak), Kolej Tunku Kurshiah (Negeri Sembilan), SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan), SMKA Sheikh Abdul Malek (Terengganu), SMK Putrajaya Presint 9/2 (Putrajaya), SMK Sultanah Bahiyah (Kedah), SMK Dato' Sheikh Ahmad (Perlis), SMK Sungai Tapang (Sarawak) dan SMK Pantai (Labuan).







Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com