Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

LAWATAN SOKONGAN PENGARAH BPK KE SMK SERI TUALANG

Pada 25 Mac 2015, Pengarah BPK, Yang Berbahagia  Dr. Sariah bt. Abdul Jalil bersama pegawai bahagian inovasi iaitu  Tn Hj. Sofian Azmi bin Tajul Arus, Ketua Sektor Inovasi & Teknologi, telah mengadakan lawatan sokongan ke SMK Seri Tualang dalam usaha untuk membantu melayakkan sekolah ini terpilih antara 10 buah sekolah yang dicalonkan sebagai IB World School. Pada  jam 8.30 pagi, semua guru dan pentadbir berkumpul di bilik gerakan SMK Seri Tualang untuk bersama-sama mendapat  bimbingan  dan panduan daripada kunjungan ini. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat perlaksanaaan MYPIB, pernyataan visi, misi, cabaran dan isu pelaksanaan MYPIB, tindakan  pihak sekolah dalam mengatasi kekangan dan cabaran serta sesi soal jawab. Lawatan ini berakhir pada jam 2.00 petang dan diharapkan semoga semua pihak mendapat pencerahan dan  manfaat daripada lawatan yang singkat ini.


0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com