Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

SEMESTU Johan Petanque MSSD Temerloh


Pasukan Petanque SMK Seri Tualang beraksi cemerlang di Kejohanan Petanque MSSD 2014 yang berlangsung di SMK Abu Bakar pada 22 hingga 24 April yang lalu. Selaku penganjur kejohanan 3 hari ini, SMK Seri Tualang tidak melepaskan peluang menghantar wakil berbakat dalam setiap bahagian. Ternyata pasukan Tualang menjadi pesaing terhebat apabila 7 team lelaki dan 7 team perempuan berjaya mara ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan sekolah lain dalam kumpulan masing-masing.

Pada hari terakhir, setelah berjuang habis-habisan, Team Tualang berjaya mengumpul 34 mata dengan dengan pungutan 3 pingat emas, 4 perak, 4 gangsa dan 2 team mendapat tempat ke-4. Dengan hal demikian, SEMESTU telah dinobatkan Johan Keseluruhan Petanque MSSD 2014 di hadapan SMK Seri Bahagia dan SMK Abu Bakar dengan masing-masing memperoleh 20 pungutan mata. Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam menyakan kejohanan ini dan semoga Tualang terus gemilang di masa hadapan, insyaAllah.

0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com