Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Majlis Persaraan Cikgu Hajah Siti Robiah





Tanggal 30 April 2014, guru kesayangan kita, Cikgu Hajah Siti Robiah binti Shech Bakar sudah menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru di SMK Seri Tualang. Marilah sama-sama kita doakan agar Allah SWT akan terus merahmati Cikgu Siti Robiah, dipanjangkan umur dan terus bahagia bersama keluarga tersayang, amin.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Keperibadianmu gemilang


Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com