Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Naib Johan Perarakan Maulidur Rasul 1435H




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 14 Januari yang lalu, SMK Seri Tualang berjaya menempa nama sebagai naib johan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Temerloh yang diadakan di Lanchang. Perarakan ini disertai oleh 45 buah pasukan dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, sekolah dan kolej di sekitar Temerloh.

Seramai 39 orang pelajar telah mewakili SEMESTU dalam perarakan ini diiiringi oleh 3 orang guru iaitu Pn. Juita, En. Fauzal & En. Muhammad. Perarakan bermula pada pukul 7.30 pagi sejauh 1-2 kilometer menuju ke destinasi sambutan iaitu di Dewan Orang Ramai Lanchang. Peserta perarakan juga berpeluang mendengar ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan khas oleh penganjur.

Tiba kepada detik pengumuman pemenang perarakan, masing-masing berdebar-debar menantikan keputusan yang bakal diumumkan. Akhirnya, seperti yang diramal, SMK Seri Tualang diumumkan sebagai pemenang tempat kedua di belakang Kolej Komuniti. Tahniah diucapkan kepada peserta dan guru penasihat, Pn. Juita binti Hamzah atas kejayaan ini.



0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com