Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Tahniah Tualang


Alhamdulillah keputusan UPSR dan PMR 2013 telah diumumkan baru-baru ini. Seperti yang diharapkan, SMK Seri Tualang berjaya merekodkan kejayaan yang cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan tersebut apabila meraih tempat pertama terbaik UPSR di negeri Pahang. Mananakala keputusan PMR pula mencatakan lompatan saujana yang paling tinggi dalam sejarah penubuhan sekolah dengan GPS 1.35. Seramai 33 orang memperoleh gred A dalam semua matapelajaran yang diambil.

Betullah kata pepatah 'Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'. Sesuatu yang diimpikan bukanlah satu mustahil jika kita benar-benar berusaha dan mahukannya. Semoga Tualang terus gemilang pada masa akan datang, InsyaAllah.

0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com