Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Pertandingan F1 IN SCHOOLS 2013

Pada 18 - 20 Oktober 2013, pasukan F1 SMK Seri Tualang, T-Hornet telah berjuang di medan Pertandingan   F1 IN SCHOOLS peringkat Zon Timur 2013 yang bertempat di Mayang Sari Resort, Dungun Terengganu. Pertandingan ini disertai oleh 15 buah pasukan dari sekolah-sekolah yang mewakili negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

T-Hornet memulakan cabaran dengan pencapaian cemerlang apabila berjaya merekodkan masa ke-2 terpantas dalam time trial dengan catatan hanya 1' 112 saat. Namun demikian, nasib tidak menyebelahi
T-Hornet dalam pusingan separuh akhir apabila tewas di pusingan kalah mati (knock out).

Sekalung tahniah diucapkan kepada guru F1 SEMESTU, En. Wan Rozane kerana berjaya membimbing pasukan T-Hornet, yang diwakili oleh Nizam (team leader), Afiq Azhari, Khairi dan Arif Aiman dalam memberikan saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan lain pada penyertaan kali ini. Semoga T-Hornet akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada tahun-tahun hadapan dan seterusnya layak ke peringkat kebangsaan.



0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com