Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

AEV Peringkat Kebangsaan

Pada 12-13 Oktober 2013, pasukan AEV SMK Seri Tualang telah meneruskan perjuangan dalam Pertandingan Kereta Elektrik Amfibia (Amphibious Electric Vehicle - AEV) peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Sains Negara. Kejohanan dua hari ini melibatkan 40 orang peserta untuk Kategori Terbuka dan 18 orang untuk Kategori Senior.

Amat membanggakan sekali apabila pasukan AEV Tualang berjaya merangkul tempat pertama hingga ke-8 dalam pertandingan tersebut bagi Kategori Terbuka. Lebih cemerlang lagi, Team AEV Tualang juga membolot tempat pertama hingga ke-5 untuk Kategori Senior.

Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada En Nasriq, guru dan pelajar SEMESTU yang terlibat di atas pencapaian yang gemilang tersebut. Semoga Tualang akan terus mengharumkan nama sekolah di arena kebangsaaan pada masa akan datang.







0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com