Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Semoga Berjaya Calon-calon UPSR

Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 telah bermula pada 10 September sehingga 12 September di seluruh negara. Jutaan penghargaan diucapkan kepada warga pendidik SISP yang bertungkus-lumus dalam mengerah tenaga demi meneruskan kecemerlangan murid-murid Tahun 6 di SEMESTU.

Selamat maju jaya buat semua calon UPSR SEMESTU dan semoga segala usaha dan pengorbanan anda sekalian selama 6 tahun akan memberikan pulangan yang setimpal. Insya Allah. Bersama-samalah kita panjatkan doa semoga mereka semua boleh menjawab dengan tenang dan lancar serta beroleh kejayaan yang cemerlang.


0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com