Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Karnival Sains & Teknologi

Pada minggu ini, bermula 23 September sehingga 27 September 2013 sedang berlangsung Karnival Sains & Teknologi di SMK Seri Tualang. Program ini dijayakan oleh GKMP Sains & Matematik dan Kluster Kebitaraan Sains SEMESTU. Pelbagai acara dan pertandingan menarik telah diatur sepanjang berlangsungnya program ini. Antaranya adalah seperti Kuiz Sains, Teka Silang Kata, Kapal Terbang Kertas, Robotik, AEV, Rocket Launcher, Saintis Muda dan banyak lagi.

Selain itu, sebuah Pameran dan Demonstrasi " Jelajah Ikon Saintis " oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga diadakan pada hari Rabu, 25 September di Dewan Ibnu Sina. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5 terlibat dalam memeriahkan pameran ini.


0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com