Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015

Virus Demam Melanda SEMESTU...

GEMPAR! Majoriti pelajar SEMESTU kini sedang menghidap demam yang berpanjangan. Walaubagaimanapun, demam ini tidak memerlukan perhatian doktor di HOSHAS. Penyakit mereka ini hanya boleh diubati melalui buku-buku rujukan, perbincangan bersama rakan serta tunjuk ajar dari guru. Jesteru itu, semua pelajar diharap dapat memberikan kerjasama sesama mereka agar virus ini dapat ditangani dengan baik tanpa 'mengorbankan' sesiapa.
Untuk makluman, virus demam ini telah melanda ke pelajar SISP Darjah 6 ketika mereka menduduki peperiksaan UPSR tempoh hari. Seterusnya merebak ke pelajar SISP yang lainnya serta pelajar  Tingkatan 3 & 4 pada 8hb Oktober. Kemudian virus ini terus tersebar ke pelajar Tingkatan 2 pada 17hb Oktober. Walaubagaimanapun, pelajar  Tingkatan 1 terselamat dari dijangkiti virus ini kerana mereka telah 'disuntik' vaksin lebih awal yang mana mereka tidak akan terkena virus demam ini untuk jangka masa yang lama. Mereka hanya perlu berdepan 'virus' PBS sahaja.
Virus demam ini dijangka berakhir selepas Hari Raya Aidil Adha yang akan menjelang tiba.
Di kesempatan ini, kami warga SEMESTU ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan mendapat keberkatan dariNya.

0 comments:

Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com