Sekolah Model Khas | Sekolah Kluster Kecemerlangan | Menuju SBT 2015
  • International Baccalaureate

    Seri Tualang juga terpilih sebagai salah sebuah daripada 10 Sekolah Menengah (KPM) di Malaysia yang mengikuti Middle Years Programme International Baccalaureate (MYP IB).

    MY PIB merupakan satu program pembelajaran yang diiktiraf sebagai pendidikan bertaraf antarabangsa.
    Selanjutnya
  • JK Tertinggi

    SEMESTU diterajui oleh Puan Hjh Apidah (Pengetua), Puan Hjh Maizarina (GPK 1), Tuan Hj Mohd Ridzuan (GPK Hem), Encik Muhamad Iqbal Firdausi bin Umar (GPK Koko) dan Encik Kamaruzaman (GPK Rendah).

    Mereka turut dibantu oleh Guru Ketua Bidang, Kaunselor dan Guru Akademik yang lain.

    Selanjutnya

KOLABORATIF SEKOLAH MYPIB BERSAMA WAKIL BPK DAN WAKIL SMS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Pada 4 hingga 6 Mac 2015, wakil dari BPK, Dr. Hajar bt. Mohd Nor (Ketua Unit Inovasi Dalam Kurikulum)  bersama pegawainya Cik.Ida Hairani bt. Bakar bersama wakil dari SMSTengku Muhammad Faris Petra iaitu En. Ahmad b.Tajab (MYPIB Koordinator) dan Pn.Azalina bt. Mohd. Yusoff (Ketua CEN) telah berkunjung ke SMK Seri Tualang dalam usaha  ke arah kolaboratif sekolah MYPIB. Pelbagai maklumat dan panduan telah dikongsikan berkaitan pengurusan fail, CEN Group, kriteria bilik-bilik khas, Action Plan, Unit Plan serta persiapan lain ke arah pengiktirafan MYPIB.


PERSIDANGAN TAHUNAN IB ASIA PASIFIK DI MACAU, CHINA

Pada 19 hingga 21 Mac 2015 telah diadakan persidangan tahunan  IB Asia Pasifik di Macau,China yang berlangsung di Sheraton Hotel, Macau. Persidangan ini telah diwakili oleh Tuan Pengetua Pn. Hjh Apidah Bt. Sukirman, Cik Farah Nadiah bt. Mohamed Asrin dan Pn. Syarifah Farahana bt. Syed Idrus, Pelbagai maklumat dan perkongsian ilmu telah diperolehi sepanjang persidangan ini.  
























































































































































LAWATAN SOKONGAN PENGARAH BPK KE SMK SERI TUALANG

Pada 25 Mac 2015, Pengarah BPK, Yang Berbahagia  Dr. Sariah bt. Abdul Jalil bersama pegawai bahagian inovasi iaitu  Tn Hj. Sofian Azmi bin Tajul Arus, Ketua Sektor Inovasi & Teknologi, telah mengadakan lawatan sokongan ke SMK Seri Tualang dalam usaha untuk membantu melayakkan sekolah ini terpilih antara 10 buah sekolah yang dicalonkan sebagai IB World School. Pada  jam 8.30 pagi, semua guru dan pentadbir berkumpul di bilik gerakan SMK Seri Tualang untuk bersama-sama mendapat  bimbingan  dan panduan daripada kunjungan ini. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat perlaksanaaan MYPIB, pernyataan visi, misi, cabaran dan isu pelaksanaan MYPIB, tindakan  pihak sekolah dalam mengatasi kekangan dan cabaran serta sesi soal jawab. Lawatan ini berakhir pada jam 2.00 petang dan diharapkan semoga semua pihak mendapat pencerahan dan  manfaat daripada lawatan yang singkat ini.


Tentang Tualang

SMK Seri Tualang adalah salah sebuah Sekolah Model Khas di Malaysia yang terletak di Temerloh, Pahang.

SMK Seri Tualang juga telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2013.

Kini, SMK Seri Tualang berganding bahu dalam usaha mencapai visi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2015.

Butiran Tualang

Lokasi

SMK Seri Tualang,
Km 125 Jln Pintasan Temerloh / Mentakab,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi Kami

No Tel : +609-290 1061
No Fax : +609-290 1060
Emel : smseritualang@gmail.com